Thursday 27 October 2011

Orang yang ku sayang2...

Salam.. hahah saja je nak tulis buat tatapan yang tersayang.. Sebagai seorang lelaki aku mempunyai insting ataupun hasrat hati untuk memiliki orang yang tersayang.. Tapi buat masa ini orang tersayang aku tu boleh dikatakan sebaya la dengan aku ni..Eh! Ye ke??.. Aku memang suka kat orang tersayang aku.. Tapi aku segan la umur baru 13 tahun dah nak bercinta.. Orang tersayang aku ni merupaka inspirasi aku untuk mengharungi laluan hidup ku ini.. Selain abang, kakak dan juga adikku yang tersayang, orang tersayang aku ni bukan calang-calang orangnya tanpa orang tersayang aku ni.. aku tak mampu nak teruskan hidup aku ni korang tau.. Hahahaha..

Salah satu sebab mengapa aku mengelarkan die sebagai orang tersayang aku adalah kerana MULUT.. kenapa dengan mulut??.. Haaa.. dengan mulut dielah aku semakin berubah dan aku semakin meningkat pendirianku.. dan jika bukan kerana mulut die ni aku takkan sedar yang aku melakukan kesilapan.. Terlalu rindunya aku dengan mulut die ni jika berjauhan nanti..

Selain itu, TANGAN. Oleh kerana tangan ini yang menghayun ke kulit ku yang mulus ni (mulus ke...) aku takkan sedar dengan kesilapan aku.. aku akan sentiasa leka di dunia kesilapan tanpa 'sapaan' manja dan kasih dari die..

Dan yang paling istimewa untuk orang tersayang aku ni adalah KASIH SAYANG. Orang tersayang aku ni tak pernah membahagikan kasih sayang dan tak pernah membeza-bezakan kasih dan sayang die terhadap aku..

Haa... Korang nak tahu tak sapa orang tersayang aku ni..
Mereka ialah IBU DAN BAPAKU....


"Sayangi kedua ibu bapa korang sebelum menyesal kelak..."

No comments:

Post a Comment